MIDF telah memperkenalkan satu lagi inisiatif CSR iaitu Program Pendidikan Murni MIDF (PPMM) pada tahun 2011 dengan tujuan menyediakan bantuan kewangan kepada institusi-institusi pendidikan di negeri Perlis secara terus-menerus. Di antara bantuan yang disediakan termasuk pembinaan atau pembaik pulih sekolah-sekolah termasuk tadika dan juga bantuan barangan persekolahan seperti pakaian seragam sekolah ataupun komputer. Setakat ini MIDF telah menyumbangkan RM250,000 yang digunakan untuk pembinaan satu dewan serbaguna dan tiga buah tadika di Perlis.