|
MIDF BAWA KLINIK UPSR KE PAMERAN MSAM 2009
18-19 April 2009 Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sosial korporat-nya dan pada tahun ini membuat sedikit kelainan dengan membawa Klinik UPSR ke tapak pameran Minggu Saham Amanah Malaysia di Johor Bahru.
Kerjasama antara MIDF dan Unit Pendidikan Berita Harian pada kali ini memanfaatkan 200 orang murid daripada lima (5) buah sekolah terpilih di sekitar daerah Johor Bahru. Sekolah-sekolah yang terlibat di dalam Klinik UPSR ini adalah S.K Taman Sutera, S.K. Sri Perling 2, S.K. Komplek UDA, S.K. Kampong Pasir dan S.K. Pengkalan Rinting. |