KUALA LUMPUR, Jumaat, 13 Oktober 2006 - Malaysian Industrial Development Finance Berhad (“MIDF”) mengumumkan penyusunan semula syarikat-syarikat miliknya, setelah mematuhi Garis Panduan Bank Pelaburan yang dikeluarkan bersama oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti pada 1 Julai tahun lepas.
Utama Merchant Bank Berhad (“UMBB”), iaitu bank saudagar milik penuh MIDF, menerajui pewujudan sebuah entiti perbankan pelaburan di MIDF melalui penggabungan syarikat diskaun dan pembrokeran saham MIDF. Terkini, UMBB telah memeterai perjanjian untuk membeli segala asset dan liabiliti dalam Amanah Short Deposits Berhad (“ASD”), Malaysia Discounts Berhad (“MDB”) dan MIDF Sisma Securities Sdn. Berhad (“MIDFSS”) masing-masing, yang mana asset dan liabiliti daripada percukaian dan dividen dicadang dikecualikan. Oleh itu, nilai indikatif untuk ASD, MDB dan MIDFSS adalah sebanyak lebih kurang RM41.7 juta, RM4.2 juta dan RM102.6 juta masing-masing, yang berjumlah RM148.5 juta.
Dividen interim yang dicadangkan, tertakluk kepada, antara lainnya, kelulusan daripada pihak berkuasa, adalah sebanyak lebih kurang RM336.4 juta dan RM189.5 juta untuk ASD dan MDB masing-masing.