Sunday, 5 February 2012
MIDF-UiTM Gallery
Slash3-4
Loan Schemes
Slash3-5
FAQ
Slash3-6
CUST FEEDBACK

MIDF SERAH RM330,000 KEPADA ASNAF FAKIR MISKIN DI KELANTAN


 

Kuala Lumpur, 17 September 2009 – Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) baru-baru ini menyerahkan wang berjumlah RM330,000 yang merupakan agihan daripada wang zakat perniagaannya kepada asnaf fakir miskin di Kelantan. .

Wang tersebut disalurkan kepada asnaf fakir miskin menerusi Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Pengarah Urusan Kumpulan MIDF Encik Mohd. Najib Hj. Abdullah menyampaikan cek pembayaran zakat tersebut kepada Timbalan Yang Di Pertua MAIK Dato’ Hj. Kamaruddin bin Hj. Mohd Zin dan disaksikan Penasihat MAIK Dato’ Haji Wan Mohamad Wan Konok.

”MIDF tidak pernah alpa untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya terhadap golongan yang memerlukan, dan selain daripada itu, membayar zakat adalah salah satu tuntutan agama Islam,” jelas Encik Mohd. Najib. ”Malah, untuk pembayaran zakat kali ini, kami mengorak langkah baru dengan bekerjasama dengan MAIK di dalam membina rumah kediaman beserta perabot asas untuk keluarga-keluarga dari asnaf fakir miskin yang disenaraikan MAIK berpandukan mekanisma serta peraturan sedia ada dan mengikut syarat hukum syarak.”

Rumah-rumah kediaman tersebut yang dibina di bawah Program Rumah Murni MIDF selaras dengan pelaksanaan Program Pembinaan Rumah Kediaman Asnaf Fakir Miskin MAIK yang bersumberkan wang zakat kutipan MAIK sejak tahun 2004.

”Kami banyak melaksanakan inisiatif-inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang berdasarkan pendidikan dan tujuan kami membina rumah untuk golongan miskin ini adalah untuk tujuan menyediakan suasana yang lebih selesa dan kondusif bagi membantu anak-anak penerima dapat belajar dan mengulangkaji pelajaran dalam keadaaan yang lebih sempurna. Harapan kami agar ini dapat juga membantu dalam memperbaiki pembelajaran mereka selain daripada memberi mereka peluang untuk meneruskan kehidupan dalam persekitaran yang lebih baik,” ujar Encik Mohd. Najib lagi. ”Selain daripada melaksanakan Rukun Islam yang ketiga iaitu membayar zakat, kami juga ingin memastikan supaya golongan fakir miskin tidak dipinggir. Program ini turut memberi peluang kepada mereka untuk memulakan kehidupan yang baru.”

Setakat ini MIDF telah membina 17 buah rumah bagi golongan miskin tegar iaitu sebanyak lapan (8) di Muar dan sembilan (9) di Kota Tinggi menerusi Program Rumah Murni MIDF.

Mengenai MIDF

MIDF kini merupakan sebuah kumpulan kewangan yang kian berkembang dengan pelbagai perkhidmatan kewangan. Berikutan penggabungan MIDF dengan Amanah Capital Partners Berhad pada tahun 2003, pembelian Utama Merchant Bank Berhad (UMBB) pada 2004 dan pembentukan MIDF Amanah Investment Bank Berhad, Kumpulan MIDF kini muncul sebagai sebuah syarikat yang lebih teguh dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan termasuk Perbankan Pelaburan, Pengurusan Aset dan Kewangan Pembangunan.

MIDF merupakan anak syarikat Kumpulan Permodalan Nasional Berhad.



For more information, please contact :

Sharifah Shaliza Binti Syed Manshor
Komunikasi Korporat Kumpulan
Tel: (03) 21738751
Fax: (03) 2173 8755
E-mail: sharifah.shaliza@midf.com.my
Website: www.midf.com.my