Friday, 10 February 2012
MIDF-UiTM Gallery
Slash3-4
Loan Schemes
Slash3-5
FAQ
Slash3-6
CUST FEEDBACK

3 PENGUNJUNG BERTUAH PADA HARI PERTAMA MSAM 2010 MENANG MOTOSIKAL


Kuching, 22 April 2010 – Hajat seorang anak untuk menghadiahkan ibunya sebuah motosikal sempena Hari Ibu termakbul apabila memenangi Hadiah Utama E-Peraduan Harian, sebuah motosikal Modenas tajaan Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) semasa mengunjungi Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2010 pada hari pertama pembukaan pameran.

Nurul Khafizah Khadir, 19 tahun dari Kg. Gersik tidak menyangka kehadirannya bersama ibu beliau ke pameran MSAM 2010 ini membawa tuah pada beliau. Beliau yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia tahun ini akan berusaha untuk mendapatkan lesen dalam masa yang terdekat ini untuk mengambil alih motosikal lama milik ibu beliau.

Kunjungan Hamzah Saufi, 30 tahun dari Petrajaya hampir tidak menjadi kenyataan kerana motosikalnya rosak di pertengahan jalan menuju ke tapak pameran MSAM 2010 di perkarangan Wisma Bapa Malaysia pada hari pertama Pembukaan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2010. Beliau bagaimanapun meneruskan perjalanannya sehingga beliau memenangi motosikal Modenas Tajaan Malaysian Industrial Development Finance Berhad. Beliau yang berkhidmat di sebuah badan kebajikan sukarelawan tidak mempercayai nasib malangnya berubah dengan sekelip mata apabila motosikal lamanya rosak digantikan dengan yang baru.

Hadiah motosikal turut dimenangi oleh Che Sukri Che Mat, 42 tahun seorang Pegawai Tadbir Diplomatik Kerajaan dari Terengganu dan kini menetap di Semerah Padi sejak 8 bulan yang lalu.

Hadiah motosikal tajaan MIDF akan terus menjadi rebutan para pengunjung yang menyertai dan memenangi Hadiah Utama E-Peraduan Harian MSAM 2010 sehingga berakhirnya penganjuran MSAM 2010 pada 26 April ini.

Mengenai MIDF

Kumpulan MIDF kini merupakan sebuah kumpulan kewangan yang kian berkembang dengan pelbagai perkhidmatan kewangan. Berikutan penggabungan MIDF dengan Amanah Capital Partners Berhad pada tahun 2003, pembelian Utama Merchant Bank Berhad (UMBB) pada 2004 dan pembentukan MIDF Amanah Investment Bank Berhad, Kumpulan MIDF kini muncul sebagai sebuah syarikat yang lebih teguh dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan termasuk Perbankan Pelaburan, Kewangan Pembangunan dan Pengurusan Aset.



For more information, please contact :

Sharifah Shaliza Binti Syed Manshor
Komunikasi Korporat Kumpulan
Tel: (03) 21738751
Fax: (03) 2173 8755
E-mail: sharifah.shaliza@midf.com.my
Website: www.midf.com.my