Thursday, 9 September 2010
MIDF Trivia
Slash1-2
Berita Niaga MITI
Slash1-2
Midfccs New Ipos
Slash2-3
MIDF-UiTM Gallery
Slash3-4
Loan Schemes

TIKET BAS BAWA TUAH PADA PENUMPANG PENGANGKUTAN PERCUMA MSAM 2010


Kuching, 24 April 2010 – Empat penumpang bertuah pengangkutan percuma ke Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2010 hari ini menerima sebuah telefon bimbit daripada Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) yang merupakan penaja pengangkutan percuma MSAM 2010.

Hadiah-hadiah tersebut disampaikan oleh Dato’ Jacob Dungau Sagan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika lawatan beliau ke tapak pameran selepas merasmikan Simposium Usahawan PNB-MIDF 2010 di sini.

Turut hadir semasa penyampaian hadiah tersebut ialah Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Pengarah Urusan Kumpulan MIDF, Mohd. Najib Hj. Abdullah.

Kesemua penumpang bertuah tersebut menetap di Kuching. Menurut salah seorang pemenang, Dayangku Pawziah binti Awang Ahmad, 50 tahun seorang surirumah, beliau mendapat tahu mengenai MSAM dari paparan iklan di badan-badan bas percuma yang melalui jalan-jalan utama sekitar Kuching. Pemenang lain yang turut menerima hadiah cabutan penumpang bertuah daripada PNB-MIDF sepanjang penganjuran MSAM 2010 setakat empat hari acara berlangsung di padang letak kereta Wisma Bapa Malaysia ialah Unyi Anak Taba, 45 tahun, Mohamad Bujang bin Ariffin, 57 tahun dan Jeremy Eng Kok Pheng, 31.

Bas-bas percuma MIDF sebanyak 26 buah bas melalui 13 laluan utama di sekitar Kuching disediakan untuk kemudahan pengunjung-pengunjung yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 11 malam pada 20 April hingga 26 April 2010.

Caption – DSC 0521

Dari kanan - Pengarah Urusan Kumpulan MIDF, Mohd. Najib Hj. Abdullah, Dato’ Jacob Dungau Sagan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Mohamad Bujang bin Ariffin.

Caption – DSC 0518

Dari kanan - Pengarah Urusan Kumpulan MIDF, Mohd. Najib Hj. Abdullah, Dato’ Jacob Dungau Sagan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Unyi Anak Taba.




For more information, please contact :

Haniza Abdul Aziz
Group Corporate Communications
Tel: (03) (03) 2173 8750
Fax: (03) 2173 8755
E-mail: haniza@midf.com.my
Website: www.midf.com.my

Anita Ramly
Group Corporate Communications
Tel: (03) 2173 8751
Fax: (03) 2173 8755
E-mail: anitar@midf.com.my
Website: www.midf.com.my