KUALA LUMPUR, Sabtu, 8 Julai 2006 - Malaysian Industrial Development Finance Berhad (“MIDF”) mengumumkan pelantikan ENCIK MOHD NAJIB HJ. ABDULLAH sebagai PENGARAH URUSAN KUMPULAN berkuatkuasa 8 Julai 2006.
Encik Najib pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif di Malaysia National Insurance Berhad (“MNI”). Sebelum itu, beliau telah berkhidmat selama 17 tahun bersama Citibank dan Citigroup dengan menjawat pelbagai jawatan di peringkat pengurusan
kanan, termasuklah sebagai Pengawal Kewangan dan Ketua, Kumpulan Perniagaan Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat untuk sebuah syarikat multi-nasional di ibu pejabat antarabangsa syarikat tersebut di California dan juga pejabat jualannya di Kuala Lumpur.
Encik Najib memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Matematik dan Sains Komputer dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan.