Thursday, 9 September 2010
MIDF Trivia
Slash1-2
Berita Niaga MITI
Slash1-2
Midfccs New Ipos
Slash2-3
MIDF-UiTM Gallery
Slash3-4
Loan Schemes

KUMPULAN MIDF UMUM PELANTIKAN ZAINAL IZLAN ZAINAL ABIDIN DI AMANAH SSCM ASSET MANAGEMENT BERHAD



KUALA LUMPUR, Selasa, 27 Jun 2006 - Malaysian Industrial Development Finance Berhad (“MIDF”) mengumumkan pelantikan ZAINAL IZLAN ZAINAL ABIDIN sebagai Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah Amanah SSCM Asset Management Berhad (“Amanah SSCM”) berkuatkuasa 1 Jun 2006.

Sebelum pelantikan ini, Zainal Izlan adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif di Amanah SSCM sejak tahun 1999. Beliau menyertai Amanah SSCM (yang ketika itu dikenali sebagai Seacorp-Schroder Capital Management Berhad) pada 1993 setelah bekerja tiga tahun dalam perbankan korporat di Citibank Malaysia. Pada 1994, beliau telah bertugas sementara dengan Schroder Investment Management Limited di London untuk mengendalikan portfolio pelaburan dalam pasaran ekuiti Asia Tenggara bagi klien-klien Schroders dari Amerika Utara dan Eropah. Setelah dua tahun berkhidmat, beliau kembali ke Kuala Lumpur untuk mengendalikan portfolio bagi pihak klien-klien institusi di Malaysia

Zainal Izlan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam bidang Ekonomi dengan tumpuan dalam jurusan Perakaunan dan Kewangan daripada Wharton School, University of Pennsylvania, Amerika Syarikat pada 1990. Beliau juga berkelayakan Chartered Financial Analyst (CFA) dan adalah Pengerusi Pertubuhan Pakar Analisis Kewangan Malaysia dari 2001 hingga 2005.

Mengenai MIDF

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Haniza Abdul Aziz
Komunikasi Korporat Kumpulan
Tel: (03) 2161 9011 ext. 1403
Fax: (03) 2163 1549
E-mel: haniza@midf.com.my

Wan Azliza Azmi Merican
Kumpulan Pembangunan Korporat
MIDF Amanah Investment Bank Berhad
(sebelumnya diketahui sebagai Utama Merchant Bank Berhad)
Tel: (03) 2163 0630
Faks: (03) 2163 3203
E-mel: liz@midf.com.my