KUALA LUMPUR, Rabu, 17 Januari 2007 - Malaysian Industrial Development Finance Berhad (“MIDF”) Group menawarkan bantuan istimewa kepada Industri Kecil dan Sederhana (“IKS”) yang terjejas akibat banjir. Bantuan yang ditawarkan adalah dengan membenarkan penangguhan pembayaran semula pinjaman kepada enam (6) bulan dan juga memberi peluang kepada perniagaan menyusun atau menjadualkan semula pinjaman berdasarkan kes-kes tertentu.
Pengarah Urusan Kumpulan MIDF Encik Mohd. Najib Hj. Abdullah dalam kenyataannya berkata, bantuan istimewa
tersebut merupakan suatu inisiatif yang ditawarkan bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi usahawan bagi membantu memulihkan perniagaan yang terjejas, khususnya kepada IKS yang membuat pinjaman dengan MIDF.
“Initiatif kami amatlah kecil berbanding apa yang diperlukan oleh individu dan perniagaan terbabit untuk kembali beroperasi. MIDF menasihatkan agar IKS yang terjejas akibat bencana banjir mengeksploitasi pinjaman daripada Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana yang ditawarkan di MIDF pada kadar pinjaman yang lebih rendah” katanya.