Friday, 10 February 2012
MIDF-UiTM Gallery
Slash3-4
Loan Schemes
Slash3-5
FAQ
Slash3-6
CUST FEEDBACK

FULTON PREBON MENGHENTIKAN OPERASI BROKER WANG



KUALA LUMPUR, Isnin, 14 Mei 2007 - Malaysian Industrial Development Finance Berhad (“MIDF”) hari ini mengumumkan anak syarikatnya Fulton Prebon (Malaysia) Sdn Bhd (“Fulton Prebon”) akan menghentikan aktiviti perniagaan broker wangnya berkuatkuasa Rabu, 16 Mei 2007.

Dalam kenyataannya hari ini, MIDF berkata bahawa keputusan untuk menamatkan aktiviti perniagaan tersebut dibuat berikutan langkah penstrukturan semula kumpulan bagi mengemaskini aktiviti-aktiviti perniagaannya.

Fulton Prebon telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 3 Oktober 1973 dan mempunyai modal saham yang dibenarkan sebanyak 300,000 yang terdiri daripada 300,000 saham biasa bernilai RM1.00 setiap satu. Modal saham terbitan dan berbayar Fulton Prebon pula sebanyak 200,000 yang terdiri daripada 200,000 saham biasa pada RM1.00 setiap satu.

Aktiviti teras Fulton Prebon adalah perkhidmatan broker wang dan yang berkaitan. Buat masa ini, MIDF memegang saham Fulton Prebon sebanyak 75 peratus manakala Prebon Holdings BV Ltd memegang saham yang selebihnya.

MIDF akan terus menyediakan perkhidmatan broker wang melalui sebuah lagi syarikat broker wang Kumpulan tersebut Amanah Butler Malaysia Sdn Bhd. (“Amanah Butler”). Amanah Butler merupakan syarikat peneraju di Malaysia dalam segmen pasaran perkhidmatan broker wang.



For more information, please contact :

Sharifah Shaliza Binti Syed Manshor
Komunikasi Korporat Kumpulan
Tel: (03) 21738751
Fax: (03) 2173 8755
E-mail: sharifah.shaliza@midf.com.my
Website: www.midf.com.my