Thursday, 9 September 2010
MIDF Trivia
Slash1-2
Berita Niaga MITI
Slash1-2
Midfccs New Ipos
Slash2-3
MIDF-UiTM Gallery
Slash3-4
Loan Schemes

Encik Foo Wei Hoong Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Kewangan MIDF



KUALA LUMPUR Khamis, 20 September 2007 Malaysian Industrial Development Finance Berhad (“MIDF”) ingin memaklumkan perlantikan ENCIK FOO WEI HOONG sebagai Ketua Pegawai Kewangan MIDF.

Wei Hoong menyertai MIDF pada Julai 2006 sebagai Ketua – Perancangan Korporat sebelum perlantikan beliau yang terbaru ini.

Wei Hoong adalah seorang ahli akauntan bertauliah, FCCA, United Kingdom dan Perancang Kewangan Bertauliah (CFP). Wei Hoong juga berkelayakan sebagai ahli Institut Akauntan-Akauntan Malaysia.

Memulakan karier beliau di dalam bidang audit, Wei Hoong telah menyertai dan memegang jawatan sebagai Ketua Pengawai Kewangan di dua syarikat insurans sebelum menyertai MIDF.

Kumpulan MIDF yakin bahawa dengan pengalaman yang mendalam dan tahap kepakaran yang mejangkau 23 tahun dalam bidang pengurusan kewangan, Wei Hoong akan terus menjadi salah satu nadi penggerak di MIDF.

Mengenai MIDF

MIDF kini merupakan sebuah kumpulan yang berkembang dengan pelbagai pelaburan di dalam industri perkhidmatan kewangan dan juga sektor industri hartanah. Berikutan pergabungan MIDF dan Amanah Capital Partners Berhad pada tahun 2003, pembelian Utama Merchant Bank Berhad (UMBB) pada 2004 dan pembentukan MIDF Amanah Investment Bank Berhad, Kumpulan MIDF kini muncul sebagai sebuah syarikat yang lebih teguh dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan termasuk Perbankan Pelaburan, Pengurusan Aset, Kewangan Pembangunan dan Hartanah Perindustrian.

MIDF merupakan syarikat Kumpulan Permodalan Nasional Berhad dengan jumlah asset yang diaudit melebihi RM11.6 billion dan dana pemegang saham melebihi RM2.0 billion bagi tahun berakhir 31 December 2006.





Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Haniza Abdul Aziz
Komunikasi Korporat Kumpulan
Tel: (03) 2173 8750
Fax: (03) 2173 8755
E-mel: haniza@midf.com.my
Laman Web: www.midf.com.my

Anita Ramly
Komunikasi Korporat Kumpulan
Tel: (03) 2173 8751
Faks: (03) 2173 8755
E-mel: anitar@midf.com.my
Laman Web: www.midf.com.my