Thursday, 9 September 2010
MIDF Trivia
Slash1-2
Berita Niaga MITI
Slash1-2
Midfccs New Ipos
Slash2-3
MIDF-UiTM Gallery
Slash3-4
Loan Schemes

Amanah Butler Malaysia Sdn. Bhd. Sumbang RM 150,000 Kepada Badan-Badan Kebajikan Terpilih



Kuala Lumpur, 24 Disember 2007 –   Amanah Butler Malaysia Sdn. Bhd. (“Amanah Butler”), syarikat bersekutu Malaysian Industrial Development Finance Berhad (“MIDF”), telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM 150,000 kepada lima (5) buah rumah kebajikan dalam satu majlis penyerahan cek baru-baru ini.

Hadir untuk menyerahkan cek sumbangan kepada wakil-wakil rumah kebajikan ialah Pengerusi Amanah Butler Y.Bhg. Datuk Khalid Abdul Karim,yang turut disaksikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan MIDF Encik Mohd. Najib bin Hj. Abdullah.

Berucap di majlis penyerahan, Pengarah Eksekutif Amanah Butler Encik Ghulam Mustapha Abdul Ghani berkata bahawa usaha mengumpul sumbangan ini adalah satu cara yang unik bagi Amanah Butler dalam mendekati para pelanggan dan masyarakat setempat. Sumbangan ini juga adalah sejajar dengan usaha syarikat dalam melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporatnya.

“Amanah Butler sememangnya berbesar hati dapat membantu mereka yang tidak bernasib baik dan yang tidak berkemampuan. Oleh itu, kami dengan sukacitanya memaklumkan bahawa pada tahun ini kami dapat menyalurkan sumbangan berjumlah RM 150,000 kepada lima rumah kebajikan tempatan, di mana setiap badan kebajikan akan menerima RM 30,000. Sumbangan RM 150,000 ini adalah jumlah keuntungan aktiviti broker yang berjaya dikutip semasa Hari Kebajikan Tahunan Amanah Butler pada 12 Disember 2007 lalu,“ kata Encik Ghulam. 

Rumah-rumah kebajikan yang terpilih ialah Persatuan Thalasaemia Universiti Hospital, Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia, Tabung Penyelidikan Kanser Kanak-Kanak – Pusat Perubatan Universiti Malaya, Pertubuhan Al- Khadeem dan Wad Pediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Usaha kutipan sumbangan ini juga telah diadakan bersempena dengan Hari Kebajikan Tahunan ICAP 2007, satu acara kebajikan bertaraf antarabangsa yang disertai oleh semua pejabat ICAP di seluruh dunia. Sebagai sebuah syarikat bersukutu Kumpulan ICAP, Amanah Butler telah mengambil bahagian dalam hari kebajikan tersebut sejak tahun 2000.

Mengenai Amanah Butler

Amanah Butler Malaysia Sdn. Bhd. merupakan syarikat bersekutu Malaysian Industrial Development Finance Berhad (“MIDF”). Ditubuhkan pada 1974, ia merupakan syarikat pembrokeran di bawah pemantauan Bank Negara Malaysia di mana pemegang-pemegang utama saham syarikat  ialah Amanah Equities Sdn. Bhd. (syarikat subsidiari Kumpulan MIDF) dan Kumplan ICAP. Disenaraikan di Bursa Saham London, ICAP merupakan kumpulan syarikat pembrokeran wang dan sekuriti yang terbesar dan bersepadu di dunia dengan pejabat di pusat-pusat perniagaan seperti London dan New York.

Aktiviti perniagaan utama Amanah Butler ialah sebagai syarikat perantaraan untuk produk-produk kewangan yang pelbagai bagi syarikat kewangan berlesen di dalam pasaran kewangan Kuala Lumpur.  




Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Haniza Abdul Aziz
Komunikasi Korporat Kumpulan
Tel: (03) 2173 8750
Fax: (03) 2173 8755
E-mel: haniza@midf.com.my
Laman Web: www.midf.com.my

Anita Ramly
Komunikasi Korporat Kumpulan
Tel: (03) 2173 8751
Faks: (03) 2173 8755
E-mel: anitar@midf.com.my
Laman Web: www.midf.com.my