KUALA LUMPUR, Jumaat, 17 November 2006 - Malaysian Industrial Development Finance Berhad (“MIDF”) telah menukar nama bank pelaburannya kepada MIDF Amanah Investment Bank Berhad (“MIDF Investment”) yang dahulunya dikenali sebagai Utama Merchant Bank Berhad (“UMBB”).
Ini melambangkan satu lagi mercu pencapaian dalam sektor perbankan pelaburan MIDF, yang merupakan salah satu daripada perniagaan teras kumpulan tersebut. Selaras dengan Garis Panduan Bank Pelaburan yang dikeluarkan bersama oleh Bank Negara Malaysia dan
Suruhanjaya Sekuriti pada 1 Julai 2005, MIDF akan mengintegrasikan MIDF Investment dengan perniagaan-perniagaan lain di bawah sektor perbankan pelaburannya termasuk perniagaan pembrokeran saham, perniagaan-perniagaan syarikat diskaun dan perbankan saudagarnya.
Usaha ini melibatkan penyatuan anak-anak syarikat MIDF, iaitu bank saudagar, UMBB; dua syarikat diskaun, Amanah Short Deposits Berhad dan Malaysia Discounts Berhad; dan syarikat pembrokeran saham, MIDF Sisma Securities Sdn Bhd.