Thursday, 9 September 2010
MIDF Trivia
Slash1-2
Berita Niaga MITI
Slash1-2
Midfccs New Ipos
Slash2-3
MIDF-UiTM Gallery
Slash3-4
Loan Schemes

MIDF LANTIK KETUA PEGAWAI OPERASI BARU



KUALA LUMPUR, Rabu, 1 November 2006 - Malaysian Industrial Development Finance Berhad (“MIDF”) mengumumkan pelantikan Encik Azizi Mustafa sebagai Ketua Pegawai Operasi.

Sepanjang kerjaya beliau, Encik Azizi banyak melaksanakan inisiatif dalam bidang pengurusan perubahan (change management). Sebelum ini, beliau merupakan kakitangan pertama yang dilantik oleh Kuwait Finance House (M) Berhad (“KFH”) dan diberi mandat untuk menerajui Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran di KFH. KFH merupakan bank Islam asing pertama yang beroperasi sepenuhnya di Malaysia ketika itu. Selain itu, Encik Azizi juga pernah berkhidmat dengan Malaysia National Insurance Berhad dan Citibank Berhad.

Encik Azizi berkelulusan Sarjana Muda Sains dalam bidang Kejuruteraan Elektrik daripada Seattle University, Washington, USA. Penglibatan beliau dalam bidang tersebut adalah sewaktu berkhidmat untuk syarikat Advanced Micro Devices di Pulau Pinang dan Komag USA di Sarawak.

Pelantikan beliau di MIDF akan mempergiatkan usaha penstrukturan semula organisasi dan rasionalisasi perniagaan bagi memastikan MIDF kekal berpengaruh dalam sektor perkhidmatan kewangan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Haniza Abdul Aziz
Komunikasi Korporat Kumpulan
Tel: (03) 2161 9011 ext. 1403
Fax: (03) 2163 1549
E-mel: haniza@midf.com.my

Sharifah Shaliza Syed Manshor
Komunikasi Korporat Kumpulan
Tel: (03) 2161 9011 ext. 1405
Faks: (03) 2163 1549
E-mel: shaliza@midf.com.my