Saturday, 31 July 2010
MIDF Trivia
Slash1-2
Berita Niaga MITI
Slash1-2
Midfccs New Ipos
Slash2-3
MIDF-UiTM Gallery
Slash3-4
Loan Schemes

MIDF BAWA KLINIK UPSR KE PAMERAN MSAM 2009


 

Johor Bahru, 18th April 2009– Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sosial korporat-nya dan pada tahun ini membuat sedikit kelainan dengan membawa Klinik UPSR ke tapak pameran Minggu Saham Amanah Malaysia di Johor Bahru.

Inisiatif ini bukan yang pertama dilaksanakan, malahan MIDF telah pun menganjurkan dua klinik UPSR pada tahun lalu di dua lokasi iaitu Kota Tinggi dan Kuala Lumpur. Klinik yang pertama disertai oleh murid-murid daripada sepuluh sekolah di sekitar Kota Tinggi. Klinik yang dianjurkan di Kuala Lumpur pula disertai oleh anak-anak warga kerja MIDF serta Kumpulan PNB dan anak-anak yatim dari Puchong.

Kerjasama antara MIDF dan Unit Pendidikan Berita Harian pada kali ini memanfaatkan 200 orang murid daripada lima (5) buah sekolah terpilih di sekitar daerah Johor Bahru. Sekolah-sekolah yang terlibat di dalam Klinik UPSR ini adalah S.K Taman Sutera, S.K. Sri Perling 2, S.K. Komplek UDA, S.K. Kampong Pasir dan S.K. Pengkalan Rinting.

“Kami di MIDF memberi penekanan terhadap pendidikan di dalam segala inisiatif tanggungjawab sosial korporat kami. Anak-anak adalah harapan bangsa, dan MIDF akan meneruskan usaha-nya didalam membantu mereka menjadi modal insan yang berpendidikan, berkebolehan, berkemahiran, dan kreatif,” kata Encik Mohd Najib Hj. Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan MIDF di majlis pembukaan Klinik UPSR di Johor Bahru.

Klinik yang berlangsung pada 18 dan 19 April 2009 akan mendedahkan murid-murid ini kepada teknik serta kemahiran belajar secara berkesan. Murid-murid ini akan mendapat bimbingan daripada tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkebolehan. Fokus akan ditumpukan kepada lima mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

”MIDF melaksanakan program-program kemasyarakatan dengan harapan ia bukan sahaja dapat membentuk negara gemilang tetapi juga melahirkan masyarakat cemerlang.” ujar Encik Mohd Najib di dalam ucapannya semasa majlis perasmian klinik UPSR tersebut.

“MIDF akan meneruskan inisiatif tanggungjawab sosial korporat-nya terutamanya yang bersesuaian dengan pendidikan dan pembentukan modal insan,” tambah Encik Mohd Najib lagi. ”Ini adalah kali kesepuluh MIDF turut serta di MSAM. Kami akan meneruskan sumbangan serta usaha untuk membantu Kerajaan dan Negara di dalam pembentukan modal insan yang berkualiti serta bertaraf antarabangsa.”

MIDF dan Berita Harian bakal bergabung tenaga sekali lagi untuk menganjurkan Klinik UPSR di Kuala Lumpur pada bulan Mei kelak.




Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Haniza Abdul Aziz
Komunikasi Korporat Kumpulan
Tel: (03) 2173 8750
Fax: (03) 2173 8755
E-mel: haniza@midf.com.my
Laman Web: www.midf.com.my

Anita Ramly
Komunikasi Korporat Kumpulan
Tel: (03) 2173 8751
Faks: (03) 2173 8755
E-mel: anitar@midf.com.my
Laman Web: www.midf.com.my