MIDF mulakan program jelajah ‘sembang ekonomi’ di UITM Puncak Alam

 

Puncak Alam - MIDF Amanah Investment Banking Berhad (MIDF) telah mengadakan Program Jelajah Sembang Ekonomi bertempat di kampus Universiti Teknologi Malaysia (UITM) Puncak Alam pada pagi semalam. Program yang julung kali diadakan ini merupakan yang pertama seumpamanya dalam siri program jelajah ekonomi MIDF yang dirancang secara berkala  sehingga Disember tahun ini.

 

Tiga panelis terdiri daripada ahli ekonomi MIDF hadir membincangkan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA)  dan isu-isu ekonomi semasa lain seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Ringgit, 1MDB dan paras hutang isi rumah negara.

 

Program yang julung-julung diadakan ini telah dihadiri oleh pensyarah-pensyarah UITM serta 90 orang pelajar. Kebanyakan pelajar yang hadir merupakan pelajar tahun akhir jurusan ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Topik-topik yang dikupas dilihat berjaya menarik perhatian pelajar-pelajar berdasarkan maklumbalas yang memberangsangkan. Sesi soal jawab juga rancak dengan pelbagai soalan yang diajukan kepada ketiga-tiga ahli panel . Kupasan serta penerangan dari pelbagai perspektif terhadap isu semasa dilihat berjaya menarik perhatian pelajar-pelajar serta membetulkan tanggapan buruk mereka terhadap isu-isu ekonomi semasa yang dibincangkan.

 

“Kami sangat tertarik dengan topik-topik ekonomi dibawa oleh penceramah-penceramah daripada MIDF – banyak sisi dan perpekstif baru yang kami perolehi”, kata Danial Ariff, pelajar tahun akhir UITM Puncak Alam.

 

 “Saya sangat gembira dengan kehadiran mereka (MIDF) kerana ulasan yang diberi membantu dalam pemahaman isu-isu semasa yang dibawa dan saya pasti pelajar-pelajar saya yang hadir merasakan perkara yang sama”, ujar Puan Norizan, Pensyarah Kanan, Jabatan Ekonomi, UITM Puncak Alam

 

Bertemakan ‘Sembang Ekonomi Bersama MIDF’, program jelajah ekonomi ini merupakan satu inisiatif daripada pihak syarikat dalam menyampaikan penerangan yang lebih jelas tentang isu ekonomi semasa kepada pelajar-pelajar universiti amnya.

 

####

 

 

Mengenai MIDF

 

MIDF telah ditubuhkan lima puluh enam tahun yang lalu hasil daripada satu kajian oleh Bank Dunia.  MIDF merupakan institusi kewangan pembangunan utama di negara ini bagi tujuan memangkinkan pembangunan dan pemodenan industri pembuatan negara.

 

Kumpulan MIDF telah berkembang menjadi entiti yang lebih kukuh dan lebih besar, menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan yang berdaya saing termasuk Perbankan Pelaburan, Kewangan Pembangunan,  Pengurusan Aset dan Kewangan Hartanah. MIDF merupakan anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

 

Anita Ramly

Ketua, Komunikasi dan Perhubungan Korporat

Jabatan Komunikasi Korporat

 

Tel: (03) 2173 8756

Faks: (03) 2173 8866

H/P: (019) 332 4809

E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Sesawang:   www.midf.com.my