MIDF Anjur Simposium Usahawan di Tapah

 

Tapah, Perak, 23 April 2016 – Lebih kurang 420 peserta menghadiri Simposium Usahawan MIDF 2016 yang dianjurkan oleh Malaysian Industrial Development Finance Berhad sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2016 yang berlangsung di Tapah, Perak sehingga 28 April ini.

 

Menteri Kewangan II, Dato’ Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah telah merasmikan Simposium tersebut dan turut hadir bersama adalah Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman,  Pengarah Urusan Kumpulan MIDF Datuk Mohd. Najib Hj. Abdullah serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Dato’ Haji Samsudin Haji Abu Hassan.

 

Simposium edisi 2016 ini merupakan kali ke-sepuluh ia dianjurkan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad dan ini merupakan kali kedua is dianjurkan di negeri Perak.  Acara tersebut pernah dianjurkan di Ipoh, Perak pada tahun 2011.

 

Tema simposium pada tahun ini adalah Keusahawanan Belia di Era Media Sosial dan menampilkan 3 penceramah iaitu Presiden Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU Dato’ Norman Abdul Halim, Pengarah Urusan Syarikat Ameen Encik Mohammed Irfan bin Amanulla Khan dan Pengasas Azhar Buang Enterprise, Coach Azhar Buang.

 

“Belajar dari pengalaman panel penceramah, jadikan kisah mereka sebagai inspirasi untuk anda semua terus maju di dalam persekitaran perniagaan yang kompetitif ini.  Gunakan peluang untuk memperkasa empayar perniagaan masing-masing dan kukuhkan perniagaan bersama para usahawan yang lain,” ujar Datuk Mohd. Najib di dalam ucapan beliau di Simposium Usahawan MIDF.

 

Simposium Usahawan MIDF pernah dianjurkan sempena MSAM pada tahun 2007 di Pahang, 2008 di Melaka, 2009 di Johor, 2010 di Kuching, Sarawak, 2011 di Perak, 2012 di Kota Kinabalu, Sabah, 2013 di Perlis, 2014 di Kelantan and 2015 di Sibu, Sarawak.  

 

#####

 

Mengenai MIDF

 

MIDF telah ditubuhkan lima puluh enam tahun yang lalu hasil daripada satu kajian oleh Bank Dunia.  MIDF merupakan institusi kewangan pembangunan utama di negara ini bagi tujuan memangkinkan pembangunan dan pemodenan industri pembuatan negara.  Kumpulan MIDF telah berkembang menjadi entiti yang lebih kukuh dan lebih besar, menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan yang berdaya saing termasuk Perbankan Pelaburan, Kewangan Pembangunan,  Pengurusan Aset dan Kewangan Hartanah. MIDF merupakan anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad.

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

 

Anita Ramly

Ketua, Komunikasi dan Perhubungan Korporat

Jabatan Komunikasi Korporat

 

Tel: (03) 2173 8756

Faks: (03) 2173 8866

H/P: (019) 332 4809

E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Sesawang:   www.midf.com.my