MIDF anjur klinik UPSR di Tapah

 

Tapah, Perak, 24 April 2016 Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kumpulan Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) yang berdasarkan pendidikan telah melahirkan pelbagai program-program yang memberi manfaat kepada mereka yang berkenaan. Sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2016 (MSAM) di Tapah, Perak, MIDF telah menganjurkan Klinik UPSR dengan kerjasama Unit Pendidikan Berita Harian.

Seramai 250 orang murid dari tiga belas buah sekolah di sekitar Tapah, Perak terpilih untuk menyertai Klinik UPSR tersebut.  Sebelum ini MIDF pernah menganjurkan Klinik ini di Kuala Lumpur, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Perlis. 

”Pendidikan yang cemerlang merupakan sesuatu aset yang tidak terkira nilainya dan lebih berharga daripada harta benda kerana apabila seseorang mempunyai asas pendidikan yang kukuh, secara tidak langsungnya, masa hadapannya turut terjamin,” kata Pengarah Urusan Kumpulan MIDF, Datuk Mohd. Najib Hj. Abdullah. 

Para ibubapa kini sedia maklum bahawa pendidikan yang sempurna merupakan hadiah yang tertinggi boleh diberi kepada anak-anak kita.  Peranan ibubapa sangat penting kerana bimbingan serta sokongan ini akan  menjadi pemangkin kejayaan anak-anak dan membuka jalan untuk terus maju di dalam pelajaran mereka,” ujar beliau.   

Klinik yang berlangsung pada 23 dan 24 April 2016 telah mendedahkan murid-murid ini kepada teknik serta kemahiran belajar secara berkesan.  Mereka telah diberi bimbingan daripada tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkebolehan.  Fokus Klinik UPSR pula akan ditumpukan kepada lima mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. 

Harapan kami di MIDF ini adalah agar anda semua akan menggunakan peluang ini dengan sebaiknya dan terus berusaha di dalam pelajaran anda.  Apabila anda sudah berjaya kelak, anda bukan sahaja akan membanggakan ibubapa anda, tetapi anda juga berpotensi menjadi modal insan yang berkualiti tinggi, berkemahiran dan kreatif,” tambah Datuk Mohd. Najib lagi. 

Hadir bersama di majlis penutup Klinik UPSR pada 24 April 2016 untuk menyampaikan sijil kepada murid-murid yang berjaya menyertai klinik tersebut adalah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Permodalan Nasional Berhad, Dato’ Mohd Nizam bin Zainordin. 

Tiga belas buah sekolah yang terlibat dalam Klinik UPSR anjuran MIDF adalah SK Toh Tandewa Sakti, SK Tapah, SK Kg Pahang, SK Datuk Kelana, SK Satu, SK Pendita Za’ba, SK Batu 3, SJKT Tapah, SJKT Ladang Thong Wa, SJKT Khir Johari, SJKC Kheung Wha, SJKC Pekan Getah dan SJKC Bukit Pagar.

 

#####


<!--[endif]-->

 

Mengenai MIDF

MIDF telah ditubuhkan lima puluh empat tahun yang lalu hasil daripada satu kajian oleh Bank Dunia. MIDF merupakan institusi kewangan pembangunan utama di negara ini bagi tujuan memangkinkan pembangunan dan pemodenan industri pembuatan negara.

Kumpulan MIDF telah berkembang menjadi entiti yang lebih kukuh dan lebih besar, menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan yang berdaya saing termasuk Perbankan Pelaburan, Kewangan Pembangunan, Pengurusan Aset dan Pembiayaan Mezanin.

MIDF merupakan anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

 

Anita Ramly
Ketua, Komunikasi Korporat Kumpulan Jabatan Komunikasi Korporat
Tel: (03) 2173 8756
Faks: (03) 2173 8866
H/P: (019) 332 4809
E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 
Laman Sesawang: www.midf.com.my