MIDF SERAH SUMBANGAN SEMPENA BULAN RAMADAN

 

Tangkak, Johor, 25 Jun 2016 – Seramai 500 orang telah menerima sumbangan dari Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) sempena bulan Ramadan pada hari ini.  Sumbangan Ramadan yang berbentuk 500 kampit beras 5 kilogram telah diserahkan kepada para penerima oleh YB Datuk Ir Haji Hamim Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

 

Majlis penyerahan sumbangan Ramadan tersebut berlangsung di Rumah VIP Tangkak dan 50 wakil asnaf telah hadir untuk menerima sumbangan beras tersebut.  YB Datuk Ir Haji Hamim turut hadir di majlis berbuka puasa selepas penyerahan sumbangan Ramadan tersebut berakhir. 

Program Sumbangan Ramadan ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dianjurkan oleh MIDF bagi membantu golongan yang memerlukan.  Program Sumbangan Ramadan ini juga pernah dianjurkan di Ayer Lanas, Kelantan serta di Pontian, Johor.

 

Antara inisiatif CSR anjuran MIDF yang lain adalah Program Rumah Murni MIDF serta Program Pendidikan Murni MIDF.  Setakat ini MIDF telah menyerahkan 89 buah rumah bi bawah Program Rumah Murni MIDF kepada keluarga asnaf miskin di Muar dan Kota Tinggi di Johor, Kedah, Kelantan dan Perlis.  Sementara itu, inisiatif terbaru MIDF di bawah Program Pendidikan Murni MIDF adalah penubuhan sebuah pusat tuisyen di Perlis bagi murid-murid Darjah 5 dan 6.

 

#####

 

Mengenai MIDF

 

MIDF telah ditubuhkan lima puluh empat tahun yang lalu hasil daripada satu kajian oleh Bank Dunia.  MIDF merupakan institusi kewangan pembangunan utama di negara ini bagi tujuan memangkinkan pembangunan dan pemodenan industri pembuatan negara.

 

Kumpulan MIDF telah berkembang menjadi entiti yang lebih kukuh dan lebih besar, menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan yang berdaya saing termasuk Perbankan Pelaburan, Kewangan Pembangunan dan Pengurusan Aset.

 

MIDF merupakan anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

 

Anita Ramly

Ketua, Komunikasi dan Perhubungan Korporat

Jabatan Komunikasi Korporat

Tel: (03) 2173 8756

Faks: (03) 2173 8866

H/P: (019) 332 4809

E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Sesawang:  www.midf.com.my