MIDF ANJUR MAJLIS IFTAR UNTUK ANAK-ANAK YATIM

 

Kuala Lumpur,  13 Jun 2016 – Sekumpulan anak yatim dari Rumah Amal Raudhatul Jannah telah diraikan di majlis Silaturahim Iftar anjuran Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) sempena bulan Ramadan baru-baru ini.

 

Majlis Silaturahim Iftar dianjurkan setiap tahun bagi warga kerja MIDF serta keluarga mereka. Ianya sudah menjadi tradisi syarikat untuk meraikan anak-anak yatim dari rumah kebajikan sempena majlis tersebut.  Sumbangan berjumlah RM5,000 telah diserahkan kepada Rumah Amal Raudhatul Jannah di majlis tersebut.  Rumah Amal Raudhatul Jannah bertempat di Banting, Selangor.

 

“Selain daripada memberi sumbangan kepada rumah kebajikan tersebut, kami juga ingin menyediakan suasana kekeluargaan bagi anak-anak yatim dari Rumah Amal Raudhatul Jannah,” kata Pengarah Urusan Kumpulan MIDF, Datuk Mohd. Najib Hj. Abdullah.  “Mahupun majlis ini ringkas, tetapi anak-anak yang hadir dapat menikmati juadah berbuka puasa bersama warga kerja MIDF yang hadir, serta mereka juga dapat menunaikan solat Maghrib, Isyak serta Tarawih di surau yang terletak di Menara MIDF.

 

Menurut beliau lagi, “Dalam menjalankan perniagaan kami tidak melupakan bahawa terdapat golongan yang memerlukan bantuan, oleh yang demikian MIDF meneruskan usaha untuk membantu mereka melalui penganjuran program-program tanggungjawab sosial korporat seperti ini.  Tujuan MIDF adalah untuk memberi golongan tersebut bantuan yang boleh meringankan beban mereka.”

 

Anak-anak yatim Rumah Amal Raudhatul Jannah turut menerima sumbangan duit raya RM50 serta beg galas setiap seorang di majlis tersebut.  Turut hadir di majlis Silaturahim Iftar tersebut adalah ahli-ahli Lembaga Pengarah Kumpulan MIDf serta pihak pengurusan kanan MIDF.

 

#####

 

Mengenai MIDF

 

MIDF telah ditubuhkan lima puluh empat tahun yang lalu hasil daripada satu kajian oleh Bank Dunia.  MIDF merupakan institusi kewangan pembangunan utama di negara ini bagi tujuan memangkinkan pembangunan dan pemodenan industri pembuatan negara.

 

Kumpulan MIDF telah berkembang menjadi entiti yang lebih kukuh dan lebih besar, menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan yang berdaya saing termasuk Perbankan Pelaburan, Kewangan Pembangunan dan Pengurusan Aset.

 

MIDF merupakan anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

 

Anita Ramly

Ketua, Komunikasi dan Perhubungan Korporat

Jabatan Komunikasi Korporat

Tel: (03) 2173 8756

Faks: (03) 2173 8866

H/P: (019) 332 4809

E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Sesawang:  www.midf.com.my