Kami memastikan pelbagai keperluan anda dipenuhi, melalui produk-produk dan perkhidmatan berlandaskan prinsip-prinsip Syariah kami, untuk keperluan perbankan pelaburan, pengurusan aset, kewangan pembangunan dan pembiayaan mezanin anda.
Produk-produk dan perkhidmatan kami, akan mengubah perniagaan dan strategi anda, serta membolehkan anda mengikuti perkembangan semasa dan perubahan dalam ekosistem perniagaan.
Product Disclosure Sheet
Terms and Conditions
Account Opening Application Form
Bil Perbendaharaan Malaysia-i (MTB-i)
Ini merupakan instrumen kewangan Islam jangka pendek yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dengan tempoh matang tidak melebihi satu tahun. Pengeluaran MTB-i adalah berdasarkan kepada prinsip Murabahah. Pada isu utama, penyerahan tender untuk MTB-i dijalankan melalui bank-bank Islam dan Peniaga-peniaga Utama. Tendernya pula, adalah berdasarkan harga pembelian (berdasarkan hasil) yang tepat. MTB-i didagangkan berdasarkan prinsip Bai'Dayn. Dagangan pasaran sekunder MTB-i dipetik dari segi kadar diskaun. Formula dan pengiraan hasil adalah berasaskan formula diskaun seperti BNMN-i.
Nota Monetari Bank Negara-i (BNMN-i)
Kami menawarkan kemudahan sekuriti Islam yang diterbitkan oleh BNM bagi tujuan menguruskan kecairan tunai dalam sistem perbankan Islam. BNMN-i biasanya dikeluarkan di bawah prinsip Murabahah. Tempoh terbitan ini bermula dari tiga bulan ke tiga tahun. BNMN-i boleh dikeluarkan atas dasar diskaun atau berasaskan keuntungan, bergantung kepada permintaan pelabur-pelabur.
Sijil Hutang Boleh Niaga-i (NDC-i)
Ini merujuk kepada jumlah wang yang disimpan dengan bank-bank Islam atau bank-bank SPI dan perlu dibayar balik kepada pembawa pada tarikh tertentu pada nilai nominal NDC-i. Instrumen ini distrukturkan menggunakan konsep Islam Bai'Bithaman Ajil ("Pembayaran Jualan Tertangguh") dan Tawarruq.
Penempatan Qard Bank Negara Malaysia
Penempatan Qard BNM adalah transaksi di antara BNM dan institusi perbankan Islam ("IBI") di mana ia merujuk kepada mekanisma apabila IBI meletakkan dana-lebihan mereka dengan BNM berdasarkan konsep Qard (pinjaman). Secara teknikal, Qard ditakrifkan sebagai tindakan membayar wang kepada rakan niaga lain (penghutang) di mana penghutang dijangkakan membayar balik hanya jumlah pokok yang dipinjamkan kepadanya (penghutang boleh, bagaimanapun, membayar suatu jumlah tambahan di luar jumlah pokok asal sebagai tanda penghargaan iaitu Hibah).
Program Murabahah Komoditi-i (CMP-i)
CMP-i Antara-bank merujuk kepada mekanisma di mana sebuah institusi perbankan Islam defisit, boleh mendapatkan dana daripada institusi perbankan Islam yang berlebihan, berdasarkan konsep syariah Murabahah melalui susunan Tawarruq itu.
Bil-Penerimaan-i (AB-i)
AB-i sebelum ini dikenali sebagai Bil Penerimaan Islam (IAB). Ia merupakan bil pertukaran yang dikeluarkan dan diterima oleh bank untuk membiayai sesuatu penjualan atau pembelian barang atau komoditi. Ia dirumuskan atas prinsip Murabahah dan diniagakan dalam pasaran sekunder, berdasarkan Bai 'Dayn. Objektif utama AB-i adalah untuk menggalakkan dan mempromosikan kedua-dua perdagangan dalam negeri dan luar negara, dengan menyediakan produk pembiayaan Islam yang menarik kepada peniaga-peniaga Malaysia.
Kertas Komersial-i (CP-i)
CP-i pada dasarnya merupakan instrumen hutang pasaran wang, yang dikeluarkan oleh badan-badan korporat selaras dengan prinsip syariah. CP-i ini diberikan samada oleh RAM atau MARC dan diniagakan secara diskaun. Tempohnya bermula dari 1 bulan hingga 1 tahun.
Terbitan Pelaburan Kerajaan-i (GII-i)
Pada isu utama, penyerahan tender adalah berdasarkan asas harga / 100 dan dilaksanakan melalui bank-bank Islam dan Peniaga Utama dengan operasi berlandaskan niali-nilai Islam. GII-i diberikan kredit tanpa risiko kerana dikeluarkan oleh kerajaan.
Pada 16 Mac 2005, Kerajaan Malaysia, dengan nasihat BNM, mengeluarkan GII-i Berasaskan Keuntungan sebanyak RM2 bilion bagi tempoh 5 tahun. GII-i berasaskan keuntungan dikeluarkan setaraf prinsip Bai 'Bithaman Ajil, ia adalah ‘coupon-bearing, dengan pembayaran setiap setengah tahun.
Sukuk Bank Negara Malaysia Ijarah (SBNMI)
Hasil daripada terbitan itu digunakan untuk membeli aset BNM. Aset ini kemudiannya akan dipajak kepada BNM untuk dipertimbangkan sebagai bayaran sewa, yang diedarkan kepada pelabur-pelabur sebagai pulangan pada setiap setengah tahun. Apabila matangnya Sukuk Ijarah, yang serentak dengandengan tempoh pajakan akhir, BNM Sukuk Berhad akan menjual semula aset kepada BNM pada harga yang telah ditetapkan. BNM mengeluarkan instrumen ini secara tetap, dengan pelbagai isu, yang berjumlah daripada RM100 juta sehingga RM200 juta.
Sukuk
Sukuk pada dasarnya adalah instrumen hutang pasaran modal yang dikeluarkan oleh badan-badan korporat selaras dengan prinsip Syariah. Sukuk dinilai samada oleh RAM atau MARC, dan mungkin juga secara berasinga, tersendiri atau dipertingkatkan nilainya dengan jaminan kerajaan atau bank.
Sukuk biasanya distrukturkan mengikut kontrak asas seperti Murabahah , Ijarah Musyarakah dan Mudarabah dan diniagakan berasaskan hasil atau basis harga/100.
Kemudahan pembiayaan hutang Islam kami, melalui Pengeluaran, Nota Jangka Berpenggal dan Nota, memberi pilihan kepada syarikat-syarikat untuk meningkatkan modal mereka mengikut undang-undang Syariah, seterusnya mempunyai manfaat tambahan untuk meluaskan asas pelabur mereka juga. Kami ada menyediakan fasiliti dan kemudahan patuh Syariah berikut di bawah Pasaran Modal:-
Kemudahan Pembiayaan Berpenggal-i (TF-i)
TF-i adalah kemudahan kredit patuh Syariah yang diberikan untuk membiayai sebahagian daripada pengumpulan dana bagi Urus Niaga Perbankan Pelaburan dan / atau Transaksi Pasaran Modal.
Kemudahan Pembiayaan Penyambung-i (BF-i)
BF-i adalah kemudahan kredit patuh Syariah yang diberikan untuk tempoh tertentu untuk merapatkan jurang pembiayaan jangka pendek pelanggan. BF-i biasanya digunakan untuk merapatkan transaksi perbankan pelaburan dan / atau sementara menunggu penyelesaian penjanaan modal dari pasaran modal Islam, sama ada hutang atau ekuiti (Urusniaga Pasaran Modal).
Kemudahan Jaminan-i/Kemudahan Kafalah (BG-i)
Kami menawarkan kemudahan Jaminan Bank patuh Syariah bagi pihak pelanggan di mana kontrak dibuat di antara Bank dan pelanggan untuk menunaikan liabiliti pihak ketiga dalam kes di mana pelanggan gagal membuat pembayaran.
Kewangan Korporat
Setiap keputusan yang dibuat dalam perniagaan yang mempunyai implikasi kewangan, dan apa jua keputusan yang melibatkan penggunaan wang adalah keputusan kewangan korporat. Kami berdedikasi untuk membantu syarikat-syarikat dan pemegang-pemegang saham dalam perancangan mereka untuk meningkatkan nilai perniagaan dan memenuhi objektif kewangan korporat mereka. Profesional-profesional perbankan dan kewangan kami, terdiri daripada pakar-pakar perbankan pelaburan, kewangan korporat dan penganalisa-penganalisa kewangan dengan pengalaman luas menjangkau pelbagai industri.
Pembangunan Kewangan
Share: