Setiap keputusan yang dibuat dalam perniagaan yang mempunyai implikasi kewangan, dan apa jua keputusan yang melibatkan penggunaan wang adalah keputusan kewangan korporat. Kami berdedikasi untuk membantu syarikat-syarikat dan pemegang-pemegang saham dalam perancangan mereka untuk meningkatkan nilai perniagaan dan memenuhi objektif kewangan korporat mereka. Profesional-profesional perbankan dan kewangan kami, terdiri daripada pakar-pakar perbankan pelaburan, kewangan korporat dan penganalisa-penganalisa kewangan dengan pengalaman luas menjangkau pelbagai industri.
Sebagai bank pelaburan di Malaysia, kami menyediakan pelbagai khidmat nasihat mendalam untuk hal ehwal urus niaga kewangan bernilai tinggi lagi kompleks, seperti Tawaran Awam Permulaan (IPO), penjanaan dana daripada ekuiti atau dalam bentuk hutang, penggabungan dan pemerolehan, penstrukturan semula korporat, penempatan persendirian, serta jual-beli ekuiti dan instrumen-instrumen hutang.
Perkhidmatan kewangan dan perbankan kami merangkumi spektrum yang luas di bawah bahagian perbankan pelaburan kami, bertujuan meningkatkan nilai kewangan dan perniagaan pelanggan-pelanggan kami.
Apabila anda sudah bersedia untuk memperkembangkan perniagaan ada melalui Tawaran Awam Permulaan (IPO), kami akan pastikan anda mendapat proses yang terbaik untuk mengakses modal yang sesuai. Kami menyediakan maklumat, berserta analisa asas dan ‘proprietary’ kami, sebelum membuka Tawaran Awam Permulaan (IPO).
Penggabungan dan Pemerolehan (M&A)
MIDF menawarkan akses kepada pelbagai penyelesaian dinamik, dengan kepakaran yang anda perlukan dalam merealisasikan peluang-peluang baru untuk perniagaan anda, daripada profesional-profesional kewangan dan perbankan kami yang mahir, serta berpengalaman dalam hal-hal Penggabungan dan Pemerolehan, yang menyediakan penyelesaian menyeluruh untuk membantu syarikat anda dalam persiapan untuk fasa pertumbuhan seterusnya.
REIT
Kami pertekankan pasaran yang bernilai tinggi di metrik-metrik utama, dalam pelaburan hartanah, yang kami yakin memberi nilai positif ke atas perniagaan anda.
Pasaran Modal Hutang
Kami mendahulukan and menjaga kepentingan pelanggan-pelanggan kami, melaui penyelesaian yang sesuai dengan keperluan modal jangka panjang pelanggan-pelanggan kami. Pada masa yang sama, kami mengimbangi keperluan pelanggan-pelanggan kami untuk modal dalam masa yang singkat dan mengoptimumkan kecekapan kos; mengurangkan kos-kos terbabit.
Melalui gabungan kemahiran pelaksanaan dan kepakaran dalam pasaran modal hutang, kami bekerja dengan anda dalam setiap fasa, serta proses, untuk membantu anda mencapai matlamat pembiayaan perniagaan anda.
Kewangan Korporat
Setiap keputusan yang dibuat dalam perniagaan yang mempunyai implikasi kewangan, dan apa jua keputusan yang melibatkan penggunaan wang adalah keputusan kewangan korporat. Kami berdedikasi untuk membantu syarikat-syarikat dan pemegang-pemegang saham dalam perancangan mereka untuk meningkatkan nilai perniagaan dan memenuhi objektif kewangan korporat mereka. Profesional-profesional perbankan dan kewangan kami, terdiri daripada pakar-pakar perbankan pelaburan, kewangan korporat dan penganalisa-penganalisa kewangan dengan pengalaman luas menjangkau pelbagai industri.
Hubungi Kami:
Perbendaharaan Konvensional
Funding Unit : 03-2173 8021
Bonds Unit : 03-2173 8041
Fax No : 03-2173 8288
Perbendaharaan Islam
Funding & Bonds Units : 03-2173 8001
Fax No : 03-2173 8330
Klik di sini untuk maklumat lanjut
|
Kami menguruskan semua aktiviti tindakan korporat bagi pihak pelanggan kami, termasuk pemprosesan hak untuk dividen, saham bonus, saham tambahan (rights issue) dan lain-lain tindakan korporat. Penyata bulanan akan dihantar kepada pelanggan-pelanggan kami, di mana bilangan saham yang dikreditkan di bawah akaun penama (beneficial owner) akan di rekodkan seperti mana yang direkodkan oleh Bursa Malaysia Depository.
Share: