Perniagaan-perniagaan yang berkembang pesat, adalah tunggak pembangunan ekonomi dan sosial negara. MIDF memainkan peranan yang penting, dalam memastikan perniagaan-perniagaan ini mempunyai pembiayaan yang mereka perlukan untuk modal kerja dan aset tetap dalam memenuhi cita-cita mereka.

Oleh itu, kami menawarkan pembiayaan dengan margin yang tinggi, pada kadar keuntungan tetap yang bebas daripada sebarang pergerakan BLR, di mana anda menikmati kos pembiayaan yang tetap untuk pembiayaan anda.

Tanah Industrial & Pembinaan Kilang
Kami menyediakan bantuan kewangan kepada syarikat-syarikat PKS (SME) dalam sektor pembuatan dan sektor-sektor yang berkaitan, serta syarikat-syarikat dalam sektor perkhidmatan (kecuali syarikat-syarikat insuran dan perkhidmatan kewangan), supaya mereka mampu menaiktarafkan keupayaan mereka dengan memperolehi tanah untuk tujuan industri dan komersial, dan juga untuk pembinaan kilang atau premis perniagaan mereka.

Ia juga boleh digunakan untuk pembiayaan kilang atau premis perniagaan yang telah sedia ada, untuk kerja-kerja pengubahsuaian atau kerja-kerja naiktaraf kedai atau naiktaraf paparan untuk kedai.

Lot Kedai Komersial
Kami menyediakan bantuan kewangan untuk syarikat-syarikat yang memerlukan ruang komersil, termasuklah pembiayaan kerja-kerja pengubahsuaian dan kerja-kerja lain yang berkaitan.
Mesin
Kami menyediakan bantuan kewangan untuk syarikat-syarikat memperolehi mesin dalam meningkatkan produktiviti melalui proses pengautomatan.
Peralatan Perindustrian
Kami juga menyediakan bantuan kewangan supaya syarikat-syarikat memperolehi peralatan perindustrian, dalam membina keupayaan mereka.
Peralatan IT dan / atau Perisian
Kami menyediakan bantuan pembiayaan kepada syarikat-syarikat dan / atau perusahaan-perusahaan yang baru bermula untuk perkakasan / perisian IT dan peralatan.
Kenderaan Perdagangan
Pembiayaan shariah disediakan dengan kadar keuntungan tetap bagi kenderaan motor komersial.
Pembiayaan Modal Kerja
Kemudahan ini direka khas untuk PKS (SME) dalam sektor pengilangan dan sektor-sektor yang berkaitan dengannya, serta sektor perkhidmatan.

Ia meliputi pembelian bahan mentah, bahan guna-habis, perbelanjaan pengiklanan dan kos promosi seperti pengiklanan media, e-dagang, pembangunan laman web dan percetakan bahan-bahan promosi.

Ia juga meliputi ‘pembiayaan Akuan Belum Terima’ iaitu kredit pusingan (tawarruq) dan jualan kredit pusingan, pembiayaan berjangka dan pemfaktoran.

Skim-Skim Pinjaman

Skim Pinjaman Mudah bagi Automasi & Modenisasi (SLSAM)

SLSAM ini telah dilancarkan pada bulan Februari 2007.

Dana Skim ini disalurkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan MIDF dilantik sebagai pelaksanaan Skim.

Objektif
  Bagi menggalakkan syarikat perkilangan untuk:
  • memoden dan mengautomasi proses pembuatan;
  • meningkatkan keupayaan dan kapasiti pengeluaran;
  • mengurangkan kebergantungan kepada buruh - terutamanya buruh asing;
  • mempelbagaikan ke dalam aktiviti tambah nilai yang lebih tinggi
  • merasionalkan dan memperkemas operasi melalui penggabungan dan pengambilalihan;
  • pembelian perkakasan, pembangunan dan pengeluaran;
  • Memulakan peningkatan produktiviti; Meningkatkan prestasi eksport; dan
  • Menggunakan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) sebagai langkah untuk meningkatkan daya saing, kecekapan dan produktiviti serta meningkatkan keupayaan reka bentuk kejuruteraan.
 

Kriteria Kelayakan dan Ciri-ciri Utama

 

1. Kelayakan:

 
  • Syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016;
  • Sekurang-kurangnya 51% ekuiti dimiliki oleh rakyat Malaysia;
  • Mempunyai lesen perniagaan yang sah; dan/atau
  • Beroperasi sekurang-kurangnya selama 2 tahun.

2. Sector:

 
  • Pembuatan

3. Jumlah Pembiayaan:

 
  • Minimum: RM50,000
  • Maksimum: RM20 juta untuk setiap permohonan

4. Butiran Kelayakan Untuk Pembiayaan:

i. Automasi

 
  • Pembelian mesin/peralatan berkaitan automasi samada baharu atau terpakai atau baikpulih
  • Kos yang berkaitan dengan pemasangan, pentauliahan dan latihan serta penyelenggaraan mesin dan peralatan untuk pelaburan dalam automasi; dan
  • Pembelian perisian dan peranti komputer yang berkaitan dengan pembangunan sistem automasi.

ii. Rasionalisasi Operasi yang juga termasuk Kemudahan Usahasama/Perkongsian Teknikal dan Program Penyatuan Pembekal

 
  • Perlaksanaan usaha yang wajar;
  • Pembelian kilang/bangunan, dan mesin/peralatan yang sedia ada; dan,
  • Perbelanjaan untuk melaksanakan program rasionalisasi (penggabungan dan pemerolehan) seperti yuran pendaftaran dan perkhidmatan yang dijalankan oleh bank pelaburan dan mana-mana yuran yang berkaitan.
  • Perbelanjaan berkaitan untuk mengusahakan latihan rasionalisasi (pencantuman & pemerolehan) seperti yuran pendaftaran dan perkhidmatan yang dijalankan oleh bank pelaburan dan yuran-yuran berkaitan yang lain.
 
iii. Pemerolehan Perkakasan (Tooling), Pembangunan & Pengeluaran
 
    • Pemerolehan acuan, perkakasan, “jigs” dan “fixtures”;
    • Pembangunan prototaip dan reka bentuk sistem;
    • Pengujian produk dan pendaftaran;
    • Pemerolehan mesin/peralatan baru atau terpakai*
    • Paten awal dan reka bentuk industri/pendaftaran paten dan penyelidikan reka bentuk perindustrian;
    • Pemerolehan kilang/bangunan dan pemerolehan tanah untuk membina kilang/bangunan;
    • Pemerolehan teknologi, ujian kenderaan elektrik dan pembangunan dan pembinaan stesen pengecasan di bawah program ujian kenderaan elektrik;
    • Pembangunan infrastruktur bagi hibrid dan kenderaan eletrik yang cekap tenaga;
    • Penggunaan teknologi baru/canggih yang lain; dan
    • Keperluan modal kerja;
      • Mesin/Peralatan yang sedia ada*
      • Acuan sedia ada, perkakasan,  “jigs” dan “fixtures”*
      • Pinjaman Gadai janji kilang dengan institusi kewangan lain

*Usia mesin/peralatan terpakai/baikpulih hendaklah tidak melebihi 5 tahun.

iv. Peningkatan Produktiviti

 
  • Perbelanjaan latihan TS 16949, ISO 14001 dan sijil-sijil lain yang berkaitan dengan industri automotif;
  • Perbelanjaan latihan untuk penambahbaikan Sistem Pengurusan Kualiti, Sistem Pengurusan Operasi, Sistem Pengurusan Perniagaan dan keupayaan ujian dan kapasiti dan Program Peningkatan Produktiviti;
  • Pelesenan dan bayaran teknikal untuk penambahbaikan proses kejuruteraan;
  • Ujian mesin/peralatan dan penentukuran;
  • Susun atur proses pengeluaran; dan/atau
  • Latihan-latihan lain yang diperlukan oleh syarikat untuk beroperasi yang berkaitan dengan automasi dan modensasi.

v. Program Peningkatan Eksport

 
  • Penyertaan dalam pameran perdagangan dan misi dan program promosi eksport dan aktiviti berkaitan yang diluluskan oleh MATRADE / Institut Automotif Malaysia (MAI);
  • Perbelanjaan bagi ujian sampel ke luar negara untuk mematuhi piawaian antarabangsa;
  • Tinjauan pasaran dan kajian kemungkinan; dan
  • Menetapkan pengagihan rangkaian infrastruktur di luar negara.

vi. Pembelian peralatan yang berkaitan dengan ICT i.e. perisian reka bentuk kejuruteraan atau perisian “Enterprise Resource Planning” (“ERP”) atau mana-mana perisian lain yang serupa dan/atau bersama-sama dengan perkakasan komputer berkaitan, periferal dan peralatan rangkaian dan caj pelaksanaan termasuk kajian sistem, penyesuaian dan program latihan.

vii. Lain-lain *

 
  • Yuran guaman untuk dokumentasi yang disediakan untuk kemudahan pembiayaan yang disediakan oleh MIDF tidak termasuk yuran setem, yuran pembayaran, yuran adjudikasi dan kos lain.
  • Yuran perundingan untuk projek-projek yang dijalankan oleh syarikat-syarikat untuk tujuan operasi perniagaan berkaitan dengan automasi (dibayar balik sekiranya automasi & modensasi dilaksanakan dalam masa tertentu – dari laporan tarikh perjanjian).

* Diguna pakai oleh PKS sahaja.

5. Peratusan Pembiayaan:

 
  • Sehingga 100% untuk membiayai jumlah pokok pinjaman yang sedia ada dengan institusi kewangan lain (bangunan kilang/mesin/peralatan/acuan/perkakasan/”jigs”/”fixtures”);
  • Sehingga 90% untuk perbelanjaan lain yang berkelayakan;
  • Sehingga 65% mesin dan peralatan yang terpakai /baikpulih
  • Pembiayaan Modal Kerja
    • Sehingga 100% untuk Kredit Pusingan Pembelian;
    • Sehingga 90% untuk Kredit Pusingan Jualan;
    • Sehingga 90% untuk Pembiayaan Berjangka Modal Kerja; dan
    • Sehingga 80% untuk Pemfaktoran

6. Tempoh Bayaran Balik:

 
  • Kilang/Bangunan
    Sehingga 25 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 2 tahun
  • Mesin & Peralatan
    Sehingga 10 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 3 tahun
  • Kredit Pusingan
    Sehingga 150 hari bagi setiap pengeluaran termasuk pilihan ‘rollover’ untuk tempoh tidak melebihi 60 hari
  • Pemfaktoran
    Sehingga 180 hari untuk setiap pengeluaran
  • Pembiayaan Berjangka Modal Kerja dan Perbelanjaan lain yang layak
    Sehingga 3 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 6 bulan

7. Faedah/Kadar Keuntungan:

 
  • 4.0% setahun ke atas baki tahunan (PKS)*
  • 5.0% setahun ke atas baki tahunan. (Bukan-PKS)

*Definisi PKS dalam sektor perkilangan: Nilai jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta atau pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 pekerja.

Dana Kecemasan PKS (SMEEF)
Skim Pinjaman Mudah Untuk Sektor Perkhidmatan (SLSSS)

SLSSS telah ditubuhkan dan dibiayai oleh Kerajaan Malaysia untuk menyediakan bantuan pembiayaan kepada syarikat dan perusahaan dalam sektor perkhidmatan.

Objektif skim ini adalah:-

  1. Untuk menyediakan bantuan pembiayaan kepada syarikat permulaan dan/atau perusahaan dalam mewujudkan usahawan perkhidmatan baru; dan
  2. Untuk memberikan bantuan pembiayaan kepada sektor perkhidmatan untuk berkembang/menaik taraf/memodenkan/mempelbagaikan perkhidmatan mereka kepada aktiviti nilai tambahan yang lebih tinggi dan meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan.

Skim ini menyediakan pembiayaan kepada syarikat dan perusahaan untuk pembelian aset tetap seperti tanah/bangunan, mesin/peralatan dan perkakasan dan perisian ICT, untuk pembelian atau pembinaan atau pengubahsuaian premis perniagaan dan untuk keperluan modal kerja.

MIDF adalah agensi pelaksana Skim yang ditadbirkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Kriteria Untuk Kelayakan dan Ciri-ciri Utama

1. Kelayakan:
 
  • Syarikat-syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 atau perusahaan yang didaftarkan di bawah Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1956 atau perkhidmatan pembekal yang berdaftar di bawah Sijil Amalan mana-mana Badan Pengawalseliaan Profesional;
  • Sekurang-kurangnya 60% ekuiti dimiliki oleh rakyat Malaysia; dan,
  • Mempunyai lesen premis yang sah.

2. Sektor:

 
  • Perkhidmatan (tidak termasuk kewangan, insuran, utiliti and sektor pembinaan).

3. Jumlah Pembiayaan:

 
  • Minimum: RM100,000.
  • Maksimum: RM5 juta.

4. Perkara-perkara yang Layak untuk Pembiayaan:

  Aset Tetap
  • Tanah & bangunan dan bangunan/premis yang sudah siap (termasuk pengubahsuaian).
  • Mesin/peralatan/kenderaan bermotor/perkakasan & perisian dan aset tetap yang lain.
Modal Kerja
  • Modal kerja seperti pembelian bahan mentah dan barangan dagangan.
  • Modal kerja untuk pengiklanan dan kos promosi seperti pengiklanan media, pembangunan laman sesawang e-dagang dan percetakan bahan-bahan promosi.

5. Peratusan Pembiayaan:

 

Aset Tetap

    • Tanah & bangunan - sehingga 100% daripada kos tanah/pembinaan bangunan/premis siap dibina dan pengubahsuaian.
    • Mesin/peralatan/kenderaan bermotor/perkakasan & perisian dan aset tetap yang lain - sehingga 80% daripada kos aset tetap yang baru.
    • Mesin / peralatan / kenderaan bermotor yang tidak melebihi 5 tahun - sehingga 60% dari kos aset tetap yang digunakan / dibaikpulih.

Modal Kerja

    • Sehingga 100% untuk Kredit Pusingan Pembelian.
    • Sehingga 80% untuk Kredit Pusingan Jualan.
    • Sehingga 50% daripada kos pengiklanan dan promosi.

6. Pembayaran Balik:

 

Aset tetap

  • Tanah & bangunan - sehingga 15 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 2 tahun.
  • Mesin/peralatan/kenderaan bermotor/aset tetap yang lain - sehingga 6 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 1 tahun.
  • Perkakasan & perisian – Sehingga 4 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 1 tahun..

Modal Kerja:-

  • Kredit Pusingan Pembelian & Jualan – sehingga 150 hari bagi setiap pengeluaran termasuk pilihan ‘rollover’untuk tempoh tidak melebi 60 hari untuk peminjam yang layak.
  • Kos pengiklanan dan promosi – sehingga 3 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 1 tahun..

7. Faedah/Kadar Keuntungan:

 
  • 4.0% setahun pada kadar tahunan untuk PKS.
  • 5.0% setahun pada kadar tahunan untuk bukan PKS.

Definisi PKS seperti yang diiktiraf oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (NSDC):-

  Perolehan jualan tidak melebihi RM20 juta atau pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang.
 
Pinjaman Mudah untuk Usahawan Automotif Bumiputera (SLBAE)

SLBAE telah ditubuhkan dan dibiayai oleh Kerajaan Malaysia bagi membantu usahawan Bumiputera yang memiliki Permit Terbuka (AP) untuk mengembangkan dan mempelbagaikan perniagaan berkaitan automotif atau sektor perniagaan lain di samping untuk mengekalkan dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam industri automobil.

MIDF adalah agensi pelaksana Skim ini yang ditadbirkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Kriteria Untuk Kelayakan dan Ciri-ciri Utama

1. Kelayakan:
  Syarikat-syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016 yang mempunyai:
  • Pemegang AP terbuka untuk kenderaan penumpang (tidak termasuk motosikal);
  • Pemegang AP terbuka untuk motosikal yang menjadi ahli berdaftar Persatuan Pengimpot Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA);
  • Sebuah syarikat usaha sama dengan kawalan kepentingan ekuiti yang dipegang oleh pemegang AP Terbuka; 
  • Sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan mengawal dimiliki oleh Pengarah atau pemegang saham oleh pemegang AP Terbuka dan aspek mengawal ditunjukkan dalam pegangan ekuiti, ahli-ahli Lembaga Pengarah syarikat, pengurusan, teknikal dan penyeliaan; 
  • Sebuah syarikat usaha sama dengan saham yang dimiliki oleh pemegang AP Terbuka dan Pengarah atau pemegang saham oleh Pemegang AP terbuka dengan kawalan kepentingan ekuiti; dan
  • Mempunyai lesen premis yang sah.

2. Sektor:

 
  • Perkilangan;
  • Perkhidmatan tidak termasuk kewangan dan perkhidmatan insurans; dan
  • Aktiviti perniagaan yang berkaitan dengan bukan automotif seperti yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah Surat Ikatan Amanah Bagi Kumpulan Wang Amanah Dana Automotif Bumiputera Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bertarikh 23 Oktober 2015.

3. Jumlah Pembiayaan:

 
  • Minimum: RM100,000.
  • Maksimum: RM5,000,000.

4. Butir-butir Yang Layak Untuk Pembiayaan :

 
  • Pembelian tanah & pembinaan bangunan atau pembelian bangunan yang sudah siap;
  • Pengubahsuaian/peningkatan pusat perkhidmatan;
  • Pembelian mesin/peralatan baru/terpakai/baik pulih; *
  • Pembelian aset tetap lain yang berkaitan dengan industri automotif;
  • Kos yang terlibat atau yang akan ditanggung dalam mendapatkan status pengedar automotif daripada pemegang francais yang sedia ada; dan
  • Modal kerja dalam bentuk:-
    • Kredit Pusingan Pembelian - keperluan modal kerja bagi pembelian bahan mentah/stok/bahan isian semula/alat ganti/ perkhidmatan yang dibekalkan oleh pembekal/sub-kontraktor yang digunakan dalam operasi perniagaan;
    • Kredit Pusingan Jualan - keperluan modal kerja yang berkaitan dengan jualan dan/atau bekalan atau penyediaan barangan atau produk atau perkhidmatan; atau
    • Pinjaman Berjangka – keperluan modal kerja bagi pembelian bahan mentah/stok/bahan guna pakai/alat ganti yang dibekalkan oleh pembekal/sub-kontraktor yang digunakan dalam operasi perniagaan;*
* Untuk pembelian mesin dan peralatan terpakai/baik pulih, usia hendaklah tidak melebihi 5 tahun.

5. Peratusan Pembiayaan:

 
  • Sehingga 100% daripada kos tanah/pembinaan bangunan/ bangunan siap sedia atau pengubahsuaian/peningkatan pusat perkhidmatan atau mesin/peralatan baru dan/atau aset tetap yang berkaitan;
  • Sehingga 65% daripada kos mesin/peralatan terpakai/baik pulih dengan usia tidak melebihi 5 tahun;
  • Sehingga 80% daripada kos yang terlibat atau yang akan ditanggung dalam mendapatkan status pengedar automotif daripada pemegang francais yang sedia ada;
  • Modal Kerja:
    • Sehingga 100% untuk Kredit Pusingan Pembelian;
    • Sehingga 80% untuk Kredit Pusingan Jualan;
    • Sehingga 80% untuk Pembiayaan Berjangka; dan
    • Sehingga 80% untuk Pemfaktoran.

6. Bayaran Balik:

 
  • Tanah & Bangunan – sehingga 25 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 2 tahun;
  • Mesin/Peralatan/Aset Tetap yang berkaitan – sehingga 6 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 1 tahun;
  • Peralatan IT – sehingga 4 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 1 tahun;
  • Mendapatkan status pengedar automotif - sehingga 3 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 1 tahun; dan,
  • Modal kerja
    • Kredit Pusingan Pembelian & Jualan – sehingga 150 hari bagi setiap pengeluaran termasuk pilihan ‘rollover’ bagi tempoh tidak melebihi 60 hari untuk pelanggan yang layak ; dan
    • Pinjaman Berjangka – sehingga 3 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 1 tahun.
    • Pemfaktoran – sehingga 180 hari untuk setiap pengeluaran.

7. Faedah/Kadar Keuntungan:

 
  • 3.5% setahun ke atas baki tahunan.
 
Skim Pinjaman Mudah Untuk Pembangunan Kapasiti Perkhidmatan (SLSCD)
Skim Pinjaman Mudah Bagi Pengeksportan Perkhidmatan (SLSSE) Di Bawah Dana Eksport Perkhidmatan (SEF)

SLSSE membantu penyedia perkhidmatan tempatan menjalankan aktiviti untuk mengembangkan perniagaan dan meneroka pasaran antarabangsa.

Objektif SEF

 
  1. Untuk meningkatkan daya saing Penyedia Perkhidmatan Malaysia (MSPs) di luar negara;
  2. Untuk meningkatkan akses dan memperluaskan eksport MSPs di pasaran global;
  3. Untuk memperluaskan skop promosi eksport untuk mendapatkan akses pasaran dan peluang eksport untuk perkhidmatan; dan
  4. Untuk meningkatkan profil Malaysia di peringkat antarabangsa sebagai penyedia perkhidmatan yang berwibawa dan menjenamakan Malaysia sebagai pembekal perkhidmatan.

Kriteria Kelayakan dan Ciri-Ciri Utama

1. Kelayakan:

 
  • Syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 atau Profesional Malaysia sama ada pemilik tunggal atau perkongsian yang berdaftar di bawah Badan Profesional di Malaysia;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 60% ekuiti dimiliki oleh rakyat Malaysia;
  • Syarikat mestilah sedang aktif dalam perniagaan dan beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun;
  • Bukan Syarikat Pemilikan Majoriti Kerajaan;
  • Berdaftar dengan MATRADE di bawah Pendaftaran Pengeksport Malaysia (MER) di matrade.gov.my/ms/online-applications/register-as-matrade-member; dan 
  • Mengeksport perkhidmatan Malaysia

2. Sektor:

 
  • Perkhidmatan (tidak termasuk sektor kewangan dan pelancongan

3. Perbelanjaan yang Layak dan Jumlah Pembiayaan:

 

Aktiviti 6:
Kos yang ditanggung dalam penyediaan dan penyerahan cadangan projek untuk projek luar negara.

Perbelanjaan yang Layak:
Pembiayaan untuk membantu MSP dalam mencadang dan merancang rundingan projek luar negara.
Contoh aktiviti yang layak adalah:

  • Penyediaan pelan induk;
  • Reka bentuk senia bina;
  • Penyediaan pelan tindakan;
  • Reka bentuk kejuruteraan untuk projek;
  • Pengurusan projek; dan
  • IC dan reka bentuk perisian.

Jumlah Pembiayaan:.

  • Maksimum sehingga RM2 juta setiap syarikat.
  • Tempoh pembayaran balik maksimum adalah 5 tahun termasuk tempoh tangguh 6 bulan.
 

Aktiviti 7:
Perbelanjaan yang berkaitan dengan peningkatan jaminan bank atau bon prestasi untuk melaksanakan projek luar negara.

Perbelanjaan yang Layak:
Contoh perbelanjaan yang layak adalah kadar faedah, yuran guaman, yuran dokumentasi dan insurans bank, tidak termasuk nilai prinsipal jaminan bank mengenai bon prestasi.

Jumlah Pembiayaan:

  • Maksimum sehingga RM5 juta setiap syarikat.
  • Tempoh pembayaran balik maksimum adalah 5 tahun termasuk tempoh tangguh 6 bulan.
 

Aktiviti 8:
Cagaran dalam penerbitan jaminan bank atau bon prestasi.

Perbelanjaan yang Layak:
Pembiayaan untuk membantu MSP dalam melaksanakan projek luar negara.

Jumlah Pembiayaan:

  • Maksimum sehingga RM5 juta setiap syarikat.
  • Tempoh pembayaran balik maksimum adalah 5 tahun termasuk tempoh tangguh 6 bulan.
 

Aktiviti 9:
Baki 50% bagi perbelanjaan yang layak bertujuan untuk menubuhkan pejabat di luar negara untuk dua belas (12) bulan pertama.

Perbelanjaan yang Layak:
Syarikat yang telah diluluskan 50% geran perbelanjaan yang layak bertujuan untuk menubuhkan pejabat di luar negara untuk dua belas bulan (12) pertama di bawah geran SEF, layak untuk baki 50% di bawah skim pinjaman mudah. .

Jumlah Pembiayaan:

  • Maksimum sehingga RM150,000 setiap syarikat.
  • Tempoh pembayaran balik maksimum adalah 5 tahun termasuk tempoh tangguh 6 bulan.
 

Aktiviti 10:
Kos mobilisasi

Perbelanjaan yang Layak:
Perbelanjaan yang layak termasuk buruh, peralatan, sewa (jika ada) atau/dan pengangkutan peralatan.

Jumlah Pembiayaan:

  • Maksimum sehingga RM5 juta setiap syarikat.
  • Tempoh pembayaran balik maksimum adalah 1 tahun termasuk tempoh tangguh 3 bulan.

Nota: Aktiviti 10 berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017.

4. Jumlah Maksimum

 
  • Jumlah maksimum pemberian dan pinjaman mudah untuk diluluskan untuk setiap aktiviti adalah mengikut jumlah maksimum setiap aktiviti dan sehingga berjumlah RM5 juta bagi setiap syarikat untuk tempoh masa 2015 – 2020. Ini tertakluk kepada ketersediaan dana.
  • Mana-mana pemohon yang telah menggunakan jumlah maksimum pemberian dan pinjaman mudah tidak layak untuk pertimbangan seterusnya.

5. Faedah / Kadar Keuntungan

 
  • 2% setahun ke atas baki tahunan.

6. Peratusan Pembiayaan

 
  • Sehingga 90% daripada perbelanjaan yang layak.

7. Tempoh Pembayaran Balik

 
  • Sehingga 5 tahun termasuk maksimum 6 bulan tempoh tangguh.
 
Skim Pinjaman Mudah Bagi Perusahaan Kecil & Sederhana (SLSME)

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Kami di Bahagian Pembangunan Kewangan (DFD), berikrar untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami melalui komitmen-komitmen ini:

  • Menilai semua permohonan kemudahan pembiayaan dengan adil dan tanpa prejudis, selaras dengan keperluan undang-undang-undang, seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.
  • Memberikan perkhidmatan dengan penuh hormat, persefahaman dan ikhlas, kepada semua pihak.
  • Berusaha untuk menyediakan kemudahan pembiayaan sedia ada yang paling sesuai yang berpadanan dengan keperluan kewangan pelanggan-pelanggan kami.
  • Memproses permohonan bagi kemudahan pembiayaan setelah menerima semua dokumen / maklumat yang diperlukan dan menyampaikan keputusan permohonan tepat pada masanya.
  • Mengagihkan kemudahan yang diluluskan dengan segera, apabila diminta oleh pelanggan-pelanggan kami, dengan dokumentasi yang betul dan lengkap.
  • Memastikan aset / harta / dokumen / maklumat yang diserahkan kepada kami atau disimpan dalam jagaan kami akan dilindungi, dari segi integriti dan kerahsiaannya.
  • Menjawab sebarang pertanyaan atau maklum balas dengan cara yang cepat dan sopan.
  • Memaklumkan kepada orang ramai mengenai perkembangan terkini DFD dan skim pembiayaan yang ada.
Pencapaian Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan Pencapaian
Okt - Dec 2017 Jan - Mac 2018 Apr - Jun 2018 Julai - Sept 2018 Okt - Dec 2018

30 hari - Keputusan untuk permohonan pinjaman

100% 100% 98.9% - -

Share:

Submit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn