Skip to main content
Back

MIDF taja "Projek Soonut Ganu Kiter" siri 2

MIDF merupakan penaja utama Projek Soonut Ganu Kiter Siri 2 yang telah dilaksanakan pada 18 Februari 2023 di SK Bukit Anak Dara, Kijal, Kemaman, Terengganu.
 

Kanak - kanak yang terlibat dalam Projek Soonut Ganu Kiter

Projek tersebut telah diusahakan bersama JIWA Amal Malaysia, PRISMA Malaysia, SK Bukit Anak Dara, SRA Ambulance, Dana Kita, Pertubuhan Peduli Ummah, IKAT serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu.

Projek Soonut Ganu Kiter merupakan satu projek yang menggabungkan beberapa manfaat untuk masyarakat iaitu kebajikan, kesihatan, pendidikan dan warisan. Projek ini berfokuskan bantuan berkhatan percuma untuk 25 anak lelaki dari keluarga berpendapatan rendah disamping beberapa sumbangan lain seperti keperluan persekolahan, barang keperluan harian, barangan asas makanan basah dan kering.

Kanak - kanak

Projek tersebut dilaksanakan dalam suasana penuh kemeriahan diserikan dengan penganjuran majlis secara tradisional dengan penyerahan tanjak, mandian beramai-ramai, perarakan para peserta yang dikendong oleh bapa mereka, suapan pulut semangat dan tema pakaian kemelayuan mengembalikan nostalgia warisan dahulu kala.

Majlis pada hari itu juga telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada Pejabat Komunikasi Strategik Kumpulan dan Pejabat Wilayah Timur MIDF.

Kumpulan Komunikasi Strategik MIDF memberi sumbangan

Ask Us Anything.

Write to us and we will strive to address your queries.