Skip to main content
cerita raya midf

Rumah Mainan Sufian

public://2023-04/banner fixing (4).png

Semua orang pernah membesar dengan rumah mainan. Namun bukan semua orang ada minat dan bakat untuk menciptanya sendiri. Perkenalkan Sufian, seorang usahawan kedai mainan yang berbakat dan berazam tinggi.

Sufian menghasilkan rumah mainan berbekalkan ilmu dan tradisi perniagaan yang dia warisi daripada keluarganya. 

"Aku mesti membuktikan kepada keluarga aku bahawa aku boleh mengembangkan perniagaan mainan keluarga kami," pujuk Sufian kepada dirinya.

Namun Sufian akan mendapati keazaman dan bakat sahaja tidak mencukupi untuk membangunkan sebuah perniagaan yang berjaya.

Selepas beberapa tahun menguruskan kedai mainan, dan memperkenalkan pelbagai produk, Sufian masih jauh daripada memenuhi cita-citanya. Perniagaannya masih kecil dan terbatas kepada pelanggan lama yang setia.

"Kalau aku tidak melakukan sesuatu, sampai bila-bila kedai mainan keluarga aku akan berada di takuk lama. Raya pun dah main dekat. Apa yang aku boleh buat?" Sufian bermusahabah diri.

Maka Sufian mula menyenaraikan nama pelanggan, rakan industri, dan sahabat untuk merancang strategi perniagaan seterusnya.

Raya ialah waktu kita membina dan mengeratkan hubungan silaturrahim. Maka itu yang Sufian lakukan, dia menjemput pelanggan, rakan industri, ahli keluarga, dan sahabat ke rumah terbuka hari raya.

Sufian memanfaatkan peluang ini untuk bertemu dan mendengar nasihat daripada usahawan dan ahli perniagaan yang jauh lebih berpengalaman daripadanya.

Dari situ Sufian mula sedar bahawa kesilapannya selama ini ialah dia membuat semua kerja sendiri. Padahal ada saja orang di luar sana yang sedia membantu dan sama-sama mencipta peluang perniagaan dengannya. 

Selepas rumah terbuka itu, Sufian mengubah strategi perniagaannya. Dia mula mengambil pekerja tambahan untuk membantunya, dia membina usaha sama dengan rakan industri, dan juga memohon bantuan dana daripada institusi kewangan.

Perlahan-lahan kedai mainan yang bermula sebagai perniagaan keluarga kini berkembang pesat dan semakin dikenali oleh orang ramai.

Disebabkan Sufian berani mengenal pasti kelemahannya, dan mencari penyelesaian kepada masalah itu, maka dia berjaya membangunkan perniagannya. 

Bak kata peribahasa, "Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat."

Selamat Hari Raya Aidilfitri!